Luar Negara Berita

Lima bulan yang berat dan menyedihkan buat Luis Enrique

Anak perempuan Luis Enrique telah meninggal dunia pada umur sembilan tahun akibat kanser tulang.

Pada 26 Mac lalu, Luis Enrique meninggalkan pasukan kebangsaan Sepanyol di Malta secara mengejut untuk pulang ke rumah setelah mendapat berita kurang senang.

Tiga bulan kemudian, pada 19 Jun, beliau meletak jawatan sebagai pengurus Sepanyol, beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Sepanyol, pemain, kakitangan dan media tanpa memberi sebab yang terperinci mengenai perletakan jawatannya.

“Anak perempuan kami Xana telah meninggal [dunia] petang ini pada usia sembilan [tahun] selepas berjuang selama lima bulan,” kenyataan keluarga pada pagi Khamis hari ini.

“Kami berterima kasih kepada anda kerana kasih sayang yang kami terima sepanjang bulan ini dan kami menghargai budi bicara dan pemahaman [anda].”

Kenyataan itu berterusan dengan terima kasih kepada kakitangan hospital dan staf perubatan.

Dari Malta ke Barcelona

Kebimbangan yang dirundung Luis Enrique akhirnya menjadi kenyataan hari ini apabila anak perempuannya, berumur sembilan tahun, Xana meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser selama enam bulan.

25 Mac yang lalu, beliau membawa pasukan Sepanyol ke Malta setelah kempen kelayakan Euro 2020 menentang Norway di Valencia. Beliau turun ke sidang media dan di raut wajahnya tidak ada yang membimbangkan.

Tetapi lain pula ceritanya selepas itu, apabila beliau menerima panggilan yang mengejutkan. Tanpa berfikir panjang, beliau tinggalkan skuad Sepanyol di Malta dan terus pulang ke rumah.

Pesawat terbang dari Malta ke Barcelona.

Disitulah semuanya bermula, permulaan lima bulan yang berat dan menyedihkan buat keluarga Luis Enrique dan setelah itu, beliau memilih untuk melepaskan jawatan sebagai jurulatih skuad Sepanyol bagi memberi tumpuan kepada anaknya.

jalan gelap buat beliau dan kini beliau menghadapi kehidupan baru yang tidak pernah dibayangkan sebelum 25 Mac.

Sekarang beliau mempunya seluruh sokongan daripada dunia bola sepak, tanpa sebarang tolak bandingan, semua memeluknya memberi sokongan.

Sokongan dari semua

Bola sepak Sepanyol dirundung berita duka apabila pengumuman itu dibacakan.

Terdapat simpati yang beredar di dada akhbar seluruh dunia dan situasinya berterusan di media sosial.

Akaun rasmi pasukan kebangsaan Sepanyol antara salah satu daripada mereka yang menyatakan berita simpati.

“Pada suatu hari kita semua mendapat bintang kita dan dari hari ini kita mempunyai satu lagi yang menerangi langit dengan cahaya,” tulisnya.

“Berehat dengan aman, Xana.”