Luar Negara Berita

Gary Neville – Tiada jalan pendek menuju ke puncak, bersabarlah United

Gary Neville menyeru agar peminat Manchester United agar bersabar selepas kekalahan ke atas Crystal Palace sambil menyatakan bahawa tiada jalan pendek menuju ke puncak.

Ole Gunnar Solskjaer sekali lagi dilanda masalah penalti selepas Rashford gagal menjaringkannya selepas United tewas 2-1 ke atas Palace.

Bercakap di Sky Sport News, ; “Saya fikir United akan mempunyai waktu susah dalam tempoh ini, akan ada kesakitan dan akan ada kekalahan yang tidak dapat anda jelaskan.

“Hari pertama, bermain dengan baik di Wolves dan hampir memenangi permainan. Kemudian tiba-tiba, anda pulang menghadapi Crystal Palace dan anda kalah di halaman sendiri – ia cukup mengecewakan.

“Inilah apa yang berlaku apabila anda cuba bangun dan beralih kepada satu budaya yang lain”

“Apa yang Man United perlu lakukan adalah bersabar dan tetap berpegang kepada apa yang mereka lakukan.” Katanya.