Malaysia Berita

Temui Ronaldo secara langsung!

Bintang terbaik dunia, Cristiano Ronaldo bakal membuat penampilan secara langsung pada 28 Ogos jam 9.30 malam secara eksklusif di aplikasi Shopee.

Penyerang Juventus bakal tampil secara langsung dari Itali bagi memberi peluang kepada peminat dan pengguna Shopee pengalaman yang sangat berbeza.

Minggu lalu, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara telah mengumumkan kerjasama dengan bekas bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Catch Cristiano Ronaldo LIVE from Italy TOMORROW for FREE! The Shopee Live stream is happening on 28th Aug – 9.30pm…

Posted by Football Tribe Malaysia on Tuesday, 27 August 2019

Beliau akan bekerjasama dengan Shopee dalam pelbagai inisiatif menarik serta membantu Shopee dalam memberi inspirasi kepada pengguna mereka di rantau ini.

Melalui kempen ini, pengguna Shopee akan merasa lebih dekat dengan bintang bola sepak dunia dan juga ikon bola sepak global.

Tambahan daripada itu, pihak Shopee juga ada menjalankan pertandingan dengan hadiah kemenangan adalah jersi yang ditandatangani oleh Cristiano Ronaldo sendiri.

Untuk lebih lanjut, boleh lawati laman Facebook kami dan juga akaun media sosial kami yang lain.