Pep Guardiola berkata Video Bantuan Pengadil (VAR) mesti ‘diperbetulkan’ selepas Manchester City terikat 2-2 menentang Tottenham.
Pada minit ke-93, Gabriel Jesus menjaringkan gol kemenangan tetapi dinafikan oleh VAR selepas bola terkena tangan Aymeric Laporte sebelum jaringan itu dilakukan.
Ia merupakan keputusan kontroversi yang menyebabkan rasa kurang senang dari peminat dan jurulatih kelahiran Sepanyol, Pep Guardiola meminta untuk melihat kembali bagaimana sesuatu keputusan VAR itu dilaksanakan.
Dia memberitahu Sky Sports, “saya fikir kami sudah meninggalkan situasi ini [ketika] Tottenham [menang] pada aksi Liga Juara-Juara musim lalu. Tetapi ianya masih sama, pengadil dan VAR tidak membenarkannya, ia adalah kali kedua [ia berlaku] – ia sukar.”