Malaysia Berita

Skuad B-18 kembali ke landasan yang tepat

Skuad negara bawah 18 tahun (B-18) berjaya mengenepikan cabaran Kemboja selepas mencatat kemenangan 3-0 pada aksi Kejuaraan Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) B-18.

Skuad B-18 tahun negara berjaya mencatat kemenangan kedua lepas tiga perlawanan – tewas ke atas Vietnam, menang ke atas Singapura dan terbaru kemenangan hari ini dengan Kemboja.

Kemenangan ini meletakkan Malaysia di landasan terbaik untuk merebut slot ke separuh akhir.

Jaringan daripada Muhd Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhd Muslihuddin Atiq Mat Zahid dan Muhammad Firdaus Ramli telah memberi tonik tambahan kepada skuad kendalian Brad Maloney.