Luar Negara Berita

Video – Sterling jaring hatrik pada malam pertama VAR digunakan

Raheem Sterling berjaya menjadi pemain pertama menjaringkan hatrik ketika Manchester City mencatat kemenangan pertama selepas menunduk West Ham, 5-0 dalam perlawanan di mana Video Bantaun Gol (VAR) digunakan juga buat kali pertama.

Gabriel Jesus menjaringkan gol pertama selepas menerima umpanan Kyle Walker pada minit ke 25 sebelum hatrik Streling dan Sergio Aguero mencatat nama selaku penjaring.

VAR digunakan buat pertama kali beberapa minit selepas Jesus menjaringkan gol dan ianya dinafikan kerana ofside.

Manchester City selepas ini akan bertemu Tottenham pada Sabtu depan dan West Ham bakal bertemu Brighton pada hari yang sama.