Luar Negara Berita

Mahkamah tunggu Neymar

Peminat yang ditumbuk Neymar pada perlawanan yang menyaksi Paris Saint-Germain tewas kepada Rennes pada aksi Coupe de France telah menfailkan kes tersebut kepada mahkamah.

Pada perlawanan tersebut, PSG tewas menerusi sepakan penalti pada April lalu dan bintang kelahiran Brazil terpalit dengan provokasi dari penyokong lawan ketika Neymar berjalan untuk memungut pingat tempat kedua.

“Belajarlah bermain bola sepak,” kata lelaki itu yang di balas dengan satu tumbukan oleh Neymar.

Neymar kemudian digantung tiga perlawanan dan dikritik teruk oleh orang ramai, termasuk jurulatihnya sendiri, Thomas Tuchel.

Menurut L’Equipe, penyokong tersebut telah menfailkan kes tersebut kepada mahkamah di atas ‘tindakan ganas’ Neymar.

Laporan tersebut hadir tidak kurang daripada sehari selepas Neymar digugurkan tuduhan rogol oleh mahkamah akibat kekurangan bukti.