Futsal Berita

MPFL : Perak lebur rekod tanpa kalah Pahang

Pahang terpaksa akur dengan kekalahan pertama selepas gagal menundukkan Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.

11 gol berjaya di jaringkan oleh kedua-dua pasukan apabila Perak menundukkan Pahang dengan keputusan 6-5 di hadapan penyokong sendiri.

Lebih manis apabila Ridzwan Bakri berjaya menjaringkan hatrik untuk pasukan Perak sebelum Awalluddin Mat Nawi, Zamiruddin Jalaludin dan Firdaus Zulkefli melengkapkan malam kemenangan pasukan Perak.

Kemenangan ini memberi tiga mata penuh buat Perak dan merekodkan kekalahan pertama buat pasukan Pahang.