Luar Negara Berita

Video : Rooney larang Sancho berpindah ke Manchester United

Wayne Rooney menggesa bintang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho untuk menolak pelawaan berpindah ke Manchester United.

Legenda Old Trafford mahu Sancho meneruskan perkembangannya di Bundesliga selepas kempen 2018/19 yang mengagumkan – di mana dia menjaringkan 12 gol dan menyumbangkan 14 bantuan gol.

“Dortmund adalah sebuah kelab hebat dengan peminat hebat, mereka mempercayai pemain muda mereka dan anda dapat melihat Sancho dan kemajuan yang telah dibuatnya dalam 12 bulan terakhir,” kata Rooney kepada akhbar Jerman Bild.

“Sekarang Jadon perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada dia akan mendapat masa bermain seperti di Dortmund apabila dia bergerak ke England, atau dia akan duduk di bangku simpanan?

“Masa bermain sangat penting untuk pemain muda seperti Jadon, jadi jika dia mendapat masa bermain paling banyak di Dortmund, dia harus kekal di sana.”

Sancho, 19, menyertai Dortmund dari juara Liga Perdana Man City untuk £ 8 juta pada 2017.