Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Perak mahu lebur rekod tanpa kalah JDT

Perak bakal menerima kunjungan Johor Darul Ta’zim di Stadium Perak, Ipoh malam ini bagi membalas dendam tewas 0-1 pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Februari lalu.

Perak juga dalam misi memecahkan rekod tanpa kalah JDT apabila pasukan daripada selatan tanah air telah dinobatkan juara Liga Super buat kali keenam.

Mehmet Durakovic walau bagaimanapun memuji barisan JDT yang mempunyai ramai pemain berkualiti.

“Apa lagi yang boleh diperkatakan mengenai JDT, ia adalah pasukan terbaik di Malaysia, menang Liga Super enam musim berturut-turut, mempunyai ramai pemain tempatan dan import yang bagus, jurulatih yang bagus, kami harus menghormati mereka,” kata Durakovic.

“Kami akan cuba beri yang terbaik, Perak akan beraksi dengan permainan bola sepak yang baik, pemain akan beri komitmen 100 peratus untuk perlawanan malam esok, insya-Allah (kami boleh menang), tiada siapa yang tahu.”