Sejak kata-kata yang diucapkan oleh presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi beberapa minggu yang lalu, di mana dia seolah-olah mencadangkan bahawa kelab itu akan mengambil sikap terbuka untuk melepaskan Neymar. Barcelona telah menjadi satu-satunya kelab yang berada di dalam operasi untuk mendapatkan Neymar.
Menurut media Perancis, Le Parisien, Barcelona telah mengemukakan tawaran kepada PSG bahawa mereka ingin mendapatkan kembali Neymar untuk musim depan .
Walau bagaimanapun, PSG dikhabarkan telah menolak tawaran Barcelona untuk mendapatkan pemain tersebut.
Dengan kedua-dua kelab diwakili dengan wakil masing-masing, di mana Presiden Barcelona, Josep Bartomeu mengetuai kontinjen Camp Nou.
Memandangkan perbincangan tidak berjalan seperti yang dirancang, kemungkinan besar langkah utama yang perlu diambil oleh Neymar sendiri dengan menyatakan secara umum terhadap keterbukaan beliau untuk keluar dari PSG.