Dani Ceballos mula mencetak nama pada tahun 2015 apabila beliau menjadi salah seorang pemain yang bersinar ketika Sepanyol memenangi Kejuaraan Eropah B-19 tahun dan dua tahun kemudian beliau melakukan perkara yang sama untuk skuad B-21 tahun Sepanyol.
Pada 2019, sekali lagi Ceballos mencipta nama dalam Kejuaraan Eropah B-21 tahun buat kali kedua.
Persembahan yang dipamerkan oleh beliau nyata memberi impak positif ketika skuad muda Sepanyol sedang berjuang di Kejuaraan Eropah yang diadakan di Itali.
Apa yang jelas menjadi tanda tanya orang ramai buat beliau adalah apabila Zidane meminta beliau untuk keluar.
Jurulatih daripada Perancis, Zinedine Zidane nyata tidak tergugat dengan keputusan beliau apabila meletakkan Ceballos di dalam senarai perpindahan keluar biarpun penyokong Los Blancos percaya dengan keupayaan pemain muda tersebut.
Pemain muda berusia 22 tahun ini hanya memerlukan masa permainan yang lama jika mahu meledak dalam senarai barisan pemain utama Real Madrid, tapi jelas Zidane tidak boleh menunggu.
Bagi Madrid, ia adalah satu risiko besar untuk dilihat memandangkan keupayaan dan potensi beliau buat masa kini.
Dengan AC Milan sudah bertanya tentang dia, lapor Marca dan Sevilla dilihat sedia membawa pemain itu pulang ke Andalusia.
Selain daripada itu, Keylor Navas dilihat bakal mengosongkan kerusi penjaga gol nombor dua Real Madrid dengan Theo Hernandez, Nacho dan Jesus Vallejo bakal turut mengosongkan kerusi pertahanan Madrid.
Berbeza pula situasi yang dihadapi oleh Isco dan Lucas Vazquez apabila Zidane dikhabarkan gembira untuk melihat mereka kekal di Los Blancos tetapi tidak menolak untuk mana-mana pasukan meletakkan tawaran untuk kedua-dua pemain tengah ini.
Bagi James dan Gareth Bale pula, kedua-dua pemain ini jelas tiada dalam perancangan Zidane dan bersedia untuk dilepaskan oleh Los Blancos.
Pemain kelahiran Wales dan Colombia ini perlu dijual bagi menampung 300 juta euro yang telah digunakan oleh Madrid.