Philippe Coutinho bakal meninggalkan Barcelona dengan Manchester United dan Chelsea bersedia mendapatkan khidmat beliau, lapor Marca.
Penyerang kelahiran Brazil itu dilihat gagal menyerlah sejak membuat perpindahan masuk dari Liverpool ke Barcelona dengan yuran perpindahan 145 juta pound.
Dia dilaporkan kecewa dan mahu pulang ke Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.
“Saya tidak tahu jika saya akan terus bersama Barcelona.
“Tidak ada sesiapa tahu tentang masa depan, dan sekarang saya sedang menumpukan perhatian kepada aksi untuk negara di Copa Amerika.” Katanya