Luar Negara Berita

PSG letak harga 300 juta untuk Neymar

Menurut Le Parisien, PSG dikhabarkan menuntut bayaran sebanyak 300 juta euro untuk Neymar sekiranya Barcelona mahu mendapatkan kembali pemain kelahiran Brazil tersebut.

Beberapa spekulasi perpindahan pemain berusia 27 tahun ke Barcelona kian hangat diperkatakan dengan Gol melaporkan pemain tersebut sudah mencari rumah di Catalan.

Pada hari Selasa lalu, program radio Sepanyol, El Laguero mendakwa kelab Catalan tersebut bersedia menawarkan 100 juta euro untuk PSG ditambah dengan tiga pemain Barcelona – Dembele, Rakitic dan Umtiti.

Walau bagaimanapun, jika benar apa yang dilaporkan oleh beberapa media Sepanyol, pihak pengurusan Barca perlu menawarkan lebih daripada apa yang mereka telah dapat pada 2017 – perpindahan keluar Neymar ke PSG dengan rekod dunia 222 juta euro.

Menurut media Perancis, Le Parisien, pengerusi PSG, Nasser Al Khelaifi telah menetapkan harga Neymar dengan nilai mencecah 300 juta euro.

Laporan tersebut juga menyebut PSG bersedia menerima tawaran daripada mana-mana kelab gergasi Eropah bagi mendapatkan pemain tersebut.