Liga Super Malaysia Berita

Liga Super : Sanjar Shaakhmedov ranapkan impian Melaka United

Melaka United gagal berada di kedudukan tiga terbaik Liga Super selepas hanya mencatat keputusan seri dengan Terengganu FC pada aksi di Stadium Hang Jebat, malam tadi.

Keputusan seri 3-3 yang dicatat Melaka United tidak cukup untuk mereka memintas Kedah yang seri dengan Pahang pada Jumaat lalu.

Bertambah duka lagi apabila ketiga-tiga gol Terengganu FC dijaringkan oleh Sanjar Shaakhmedov, di mana membolehkan beliau mencipta hatrik pertama dalam kancah Liga Super.

Manakala jaringan tuan rumah dijaringkan oleh Davy Angan dan juga Luka Milunovic.