Malaysia mula dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan Timor Leste, 7-1 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Perlawanan yang dijadualkan jatuh di hari raya kedua ini diganjakkan ke hari ini bagi memberi peluang kepada para pemain untuk merayakan Aidilfitri bersama ahli keluarga masing-masing.
Apa yang nyata, peluang yang diberikan ini nyata memberi motivasi tambahan buat anak buah Tan Cheng Hoe apabila mudah menundukkan Timor Leste.
Gol pembukaan daripada pemain pertahanan kiri Harimau Malaya, La’Vere Corbin-Ong pada minit ke-12 meletakkan Malaysia di hadapan sebelum Shahrel Fikri Md Fauzi, Norshahrul Idlan Talaha dan Safawi Rasid masing-masing menjaringkan gol untuk meletakkan Malaysia di hadapan pada separuh masa kedua dengan empat gol.
Menjelang separuh masa kedua, Safawi Rasid jelas mahu menebus kegagalan beliau menjaringkan gol apabila meledak gol kelima perlawanan dan juga gol kedua peribadi malam ini.
Malaysia berjaya menambah dua lagi gol menerusi pemain gantian iaitu Faiz Nasir menerusi sepakan cantik sebelum Akhyar Rashid menutup malam ini dengan jaringan ketujuh malam ini.
Malaysia bakal bertemu Timor Leste pada perlawanan kedua yang dijadualkan berlangsung Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun nanti.