Luar Negara Berita

Neymar tidak akan dijual

President kelab bola sepak Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi tidak akan membiarkan Neymar meninggalkan kelab tersebut pada musim panas ini.

Biarpun terdapat laporan yang mengatakan pemain kelahiran Brazil itu mahu kembali ke Barcelona dan Neymar juga dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, Al-Khelaifi tidak akan membiarkan perkara ini berlaku.

Menurut Radio Monte Carlo Sport, Al-Khelaifi telah mengisytiharkan Neymar tidak akan dijual.

Pemain ini sedang disiasat oleh pihak polis selepas dikaitkan dengan tuduhan rogol membabitkan seorang wanita.

Pemain berusia 27 tahun ini kini bersama skuad Brazil dalam persedian untuk Copa America.