Penyerang sensai Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche percaya pemburuan Kasut Emas musim ini masih belum tertutup.
Beliau yang terkenal dengan gelaran Drogba Ganu sudah meledak lima gol dalam saingan Liga Super.
Berdasarkan kedudukan sekarang, penyerang Johor Darul Ta’zim, Diogo Luis Santo mendahului senarai penjaring terbanyak dengan lapan gol
“Liga masih berbaki tujuh perlawanan lagi dan apa-apapun boleh terjadi, lebih-lebih lagi perbezaan jaringan dengan penjaring terbanyak setakat ini hanya dipisahkan dengan tiga gol.
“Justeru, saya masih berusaha untuk menghasilkan seberapa banyak jaringan bagi membantu pasukan mencatat kemenangan serta mengintai peluang muncul penjaring terbanyak musim ini selepas berada di tangga kedua musim lalu.
“Lagipun, saya gembira kerana sudah menemui semula sentuhan jaringan sejak kemarau gol dari perlawanan pertama hingga kesembilan,” katanya Kipre.