Luar Negara Berita

Final Liga Juara-Juara 2019 : Senarai 10 wira yang tak didendang

Selama pertandingan ini dipertandingkan, kita telah melihat pelbagai sejarah tercipta. Dari seorang pertahanan yang tidak pernah menjaringkan gol, penjaga gol yang menyelematkan empat sepakan penalti dan penyerang yang masuk sebagai pemain gantian dan memenangi perlawanan.

Final Liga Juara-Juara adalah pentas akhir yang penuh sejarah dan penuh kenangan.

Sempena perlawanan Liverpool dan Tottenham pada Ahad pagi di Wanda Metropolitano, berikut adalah senarai panjang hero yang tidak dijulang.

Dick van Dijk – 1971

Beliau bukanlah penyerang utama buat Ajax, tetapi kemasukkan Van Dijk nyata membuahkan hasil apabila jaringan beliau di final Liga Juara-Juara menentang Panathunaikos menjamin kejuaraan pertama kelab dari Belanda.

Hans-Georg Schwarzenbeck – 1974

Selepas Luis Aragones meletakkan Atletico Madrid di depan dalam masa tambahan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Heysel di Brussels, pemain tengah Bayern Munich, Hans-Georg Schwarzenbeck menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan Jerman itu dengan satu sepakan padu yang tidak dapat dihalang pada minit ke-120.

Disebabkan format perlawanan dahulu berbeza di mana tiada sepakan penalti jika kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri. Perlawanan ulangan berlangsung dua hari kemudian, dengan Bayern menang 4-0.

Alan Kennedy – 1981

Seorang pemain yang kurang dikenali dalam pasukan Liverpool, pemain pertahanan kiri, Alan Kennedy menjaringkan gol kemenangan dalam masa hanya berbaki 10 minit ketika menentang Real Madrid di Parc des Princes. Gol tersebut menjadi satu-satunya gol yang dijaringkan oleh beliau untuk musim itu.

Bruce Grobbelaar – 1984

Pasukan Roma yang dipenuhi dengan bintang seperti Bruno Conti dan Paulo Roberto Falcao hadir ke halaman sendiri dengan harapan untuk memenangi kejuaraan Eropah menentang Liverpool pada masa itu. Selepas perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1, penjaga gol Liverpool, Bruce Grobbelaar muncul wira The Reds apabila menyelamatkan dua sepakan penalti dan membawa pulang Liga Juara-Juara Eropah ke Anfield.

Helmuth Duckadam – 1986

Dinamakan ‘pahlawan Seville’, penjaga gawang Helmuth Duckadam menyelamatkan empat penalti di Estadio Ramon Sanchez Pizjuan ketika Steaua Bucherest mengalahkan Barcelona setelah seri 0-0.

Basile Boli – 1993

Perlawanan AC Milan dan Marseille di hadiri oleh ramai bintang. Buat AC Milan, mereka diwakili oleh Paolo Maldini, Franco Baresi, Frank Rijkaard dan Marco van Besten. Manakala Marseille, mereka hadir dengan Alen Boksic, Rudi Voller, Abedi Pele dan Didier Deschamps.

Walau bagaimanapun, pemain pertahanan Marseille, Basile Boli muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk kemenangan di pentas Eropah.

Ole Gunnar Solskjaer – 1999

Ramai berfikir Teddy Sheringham telah menyelamatkan Manchester United apabila dia menyamakan kedudukan pada masa tambahan menentang Bayern Munich di Camp Nou.

Tetapi sebenarnya, Ole Gunnar Solskjaer yang berjaya mencuri tumpuan apabila jaringan beliau pada saat-saat akhir perlawanan melengkapkan musim cemerlang buat Red Devils. Masuk sebagai pemain gantian, Solskjaer telah berjaya memenangi trofi ketiga United dalam satu musim.

Rafael Benitez – 2006

Liverpool ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama menentang AC Milan di Istanbul. Rehat separuh masa pertama digunakan Rafael Benitez dengan sebaik-baiknya untuk mengembalikan keyakinan pasukan dan The Reds mula mendaki perlahan-lahan pada babak kedua sehingga berjaya mengheret Milan ke penentuan sepakan penalti dan memenangi kejuaraan Eropah kelima buat Liverpool.

Juliano Belletti – 2006

Pemain pertahanan kanan Brazil ini muncul wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81 ketika menentang Arsenal di Paris. Apa yang lebih menarik adalah jaringan tersebut merupakan jaringan tunggal Juliano Belletti untuk Barcelona sepanjang tiga tahun beliau di sana.

Sergio Ramos – 2014

Ketika mana perlawanan seperti bakal memihat kepada Atletico Madrid pada perlawanan di Lisbon, pemain pertahanan tengah Real Madrid, Sergio Ramos hadir dengan tandukan padu pada minit akhir perlawanan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan. Los Blancos memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan daripada Gareth Bale, Marcelo dan Cristiano Ronaldo dalam tempoh kedua masa tambahan.