Kolum

Final Liga Juara-Juara 2019 : Heung-Min Son, sumber inspirasi anak muda Asia

Pemain kelahiran Korea Selatan, Heung-Min Son sedang berada di ambang tertinggi dalam karier beliau sebagai pemain bola sepak dan sedang menyusun tangga untuk melengkapkan musim cemerlang.

Perlawanan menentang Liverpool di pentas akhir Liga Juara-Juara semestinya kejayaan paling tinggi yang pernah dipikul Son dan jika pemain sayap kiri Spurs ini berjaya menjulang Liga Juara-Juara, sudah pastinya Son bakal menjadi inspirasi buat setiap pemain dari Asia.

Sejak membuat debut pertamanya buat Spurs ketika masuk menggantikan Delle Ali pada perlawanan menentang Newcastle United. Son telah berdiri unggul untuk kelab dan negara dalam sembilan bulan ini.

Tetapi apa yang pasti, Son tidak pernah mendapat penghargaan tinggi seperti mana-mana pemain eropah yang membantu kelab atau negara mereka menjulang kejuaraan.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Sekiranya pemain berusia 26 tahun ini disenaraikan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool, Son bakal menjadi pemain kedua daripada Asia yang bermain di final. Pemain pertama semestinya rakan senegara Son, lagenda Korea Selatan, Park Ji-sung yang mewakili Manchester United pada perlawanan akhir di tahun 2009 dan 2011 – kedua-dua perlawanan akhir ini United tewas kepada Barcelona.

Tambahan daripada itu, kemenangan ke atas Liverpool bakal menjadikan Son pemain Asia pertama yang memenangi Liga Juara-Juara. Pemain daripada benua Asia hanya pernah menjulang Liga Europa sepanjang mereka bertapak di Eropah, di mana Cha Bum-kun berjaya memenangi Liga Europa bersama dengan Eintracht Frankfurt pada tahun1980 dan Bayer Leverkusen pada tahun 1988. Manakala Shiji Ono memenanginya dengan Feyenoord pada tahun 2002 dan Kim Don-jin bersama dengan Zenit pada 2008.

(Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images)

Kejayaan beliau meledak dua gol dalam masa 1o minit ketika menentang Manchester City di separuh akhir Liga Juara-Juara, pemain ini telah berjaya menjadi penjaring terbanyak buat wakil Asia di peringkat Eropah. Secara keseluruhannya, Son telah bermain untuk 53 perlawanan buat Spurs dan menjaringkan 21 gol pada musim ini.

Son mungkin tidak terkenal seperti Kyllian Mbappe, Neymar atau Eden Hazard. Tetapi kejayaan beliau diperingkat Eropah adalah bukti nyata bahawa orang Asia juga mampu untuk membuktikan sesuatu.

Tambahan daripada itu, Heung-Min Son bakal menjadi inspirasi buat para pemain muda dalam membentuk bakat mereka dan sentiasa percaya bahawa mimpi boleh kenyataan.