Luar Negara Berita

Sadio Mane pilih untuk kekal di Anfield

Penyerang sayap kiri Liverpool, Sadio Mane tidak akan meninggalkan Liverpool pada musim depan, akui beliau.

Beliau telah menjadi watak penting buat Liverpool musim ini setelah menjaringkan 26 gol dalam semua kejohanan.

Persembahan yang hebat dari pemain ini telah mencetuskan minat kelab dari Sepanyol, Real Madrid.

Tetapi menjelang perlawanan dengan Spurs pada aksi final Liga Juara-Juara, Mane menyuarakan kesetiaan beliau kepada pasukan dan mengulas lanjut kenyataan bekas penyerang Liverpool, Robbie Fowler yang mahu dia kekal.

“Saya turut berharap,” kata Mane sebelum menambah, “tiada tempat sepertinya.”

Beliau juga mengulas tentang kebangkitan dramatik Liverpool ke atas Barcelona. “Ya, ia menakjubkan. Amat menakjubkan.

“Saya fikir selepas perkara seperti ini, kamu tidak akan ke mana-mana lagi, kerana kami adalah kelab terbaik dan mempunyai peminat terbaik, jadi saya fikir ia sesuatu yang mengagumkan. Inilah yang membuatkan Liverpool amat istimewa, kerana sejak saya datang ke sini, ia sentiasa wow.”