Kajian & Analisis

Liverpool vs Tottenham – Spurs lebih baik tanpa Harry Kane atau sebaliknya?

Musim ini, Spurs jelas tidak banyak merindui kapten England seperti mana mereka merindui beliau ketika pemain berusia 25 tahun ini dilanda kecederaan dan terpaksa direhatkan selama enam minggu.

Sebaliknya, tiga perlawanan terakhir Spurs dalam kancah Liga Juara-Juara telah berjaya dilepasi oleh mereka tanpa kehadiran khidmat Kane dalam kesebelasan utama, di mana Lucas Moura muncul wira pasukan apabila menyempurnakan hatrik pada perlawanan penuh dramatik di Amsterdam pada saingan separuh akhir.

Kane sebelum ini telah menyatakan bahawa beliau sedia diturunkan dan bersedia untuk aksi akhir menentang Liverpool ahad ini di Madrid.

Tetapi persoalan yang jelas, adakah Kane layak diletakkan dalam kesebelasan utama atau Tottenham masih mampu bermain tanpa kehadiran beliau?

Liam Togher

Spurs telah menghabiskan musim ini ditangga keempat di belakang Chelsea dengan perbezaan satu mata, di mana mereka telah kehilangan khidmat Kane dalam 10 perlawanan selepas penyerang kebangsaan England itu mengalami kecederaan dua kali sepanjang musim 2018/19.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh penganalisa bola sepak Liam Togher menunjukkan bahawa Spurs bermain dengan baik apabila purata mata dan peratusan kemenangan adalah lebih tinggi semasa ketiadaan Kane di dalam kesebelasan utama.

Walau bagaimanapun, dalam enam perlawanan yang tidak dibarisi oleh Kane, pasukan kendalian Mauricio Pochettino telah mengalami tiga kekalahan daripadanya.

Bagi perlawanan dengan pasukan enam teratas, Kane berjaya membarisi kedua-dua perlawanan menentang Liverpool musim ini tetapi gagal menjaringkan gol. Bagaimanapun, Kane menjaringkan gol dalam perlawanan dengan pasukan teratas yang lain – pada perlawanan menentang Arsenal, Manchester United dan Chelsea.

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

Aksi Kane pada kancah Liga Juara-Juara musim ini hanya banyak berkisar pada peringkat kumpulan apabila mereka berjaya merangkak ke pusingan 16 dengan mencatat keputusan seri di Barcelona dan kegagalan Inter Milan menewaskan PSV Eindhoven di San Siro.

Manakala pada peringkat kalah mati, dalam enam penampilan Spurs di peringkat ini, Kane hanya hadir pada perlawanan di Dortmund sekali dan membarisi kesebelasan utama hanya untuk 57 minit pada aksi suku akhir di gelanggang sendiri menentang Manchester City. Ia disebabkan oleh kecederaan buku lali yang dialami oleh Kane sehingga memaksa beliau diberi rehat yang panjang, tetapi mujur mereka mempunyai Son Heung-Min, pemain kelahiran Korea Selatan yang menjadi wira kepada Spurs pada perlawanan menentang City di Etihad.

Apa yang jelas, Kane terlepas kedua-dua perlawanan penuh dramatik di mana Spurs berjaya menewaskan City di Etihad dan lebih hebat lagi apabila mereka bangkit untuk menafikan Ajax ke pentas akhir Liga Juara-Juara.

Tetapi perlu diingat, tanpa kehadiran Kane pada peringkat kumpulan, Spurs mungkin akan terkeluar dari Liga Juara-Juara. Empat gol beliau berjaya mengatasi Inter Milan dengan pengutan empat mata untuk berada di tangga kedua kumpulan.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Walaupun impak yang besar dapat dilihat daripada Lucas Moura dan Son dalam pusingan kalah mati, tidak dapat dinafikan sumbangan awal Kane pada peringkat kumpulan telah menyelamatkan kempen Spurs dalam kancah Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan Piala FA, Kane hanya bermain 15 minit menentang Tranmere dengan kemenangan besar 7-0, di mana beliau masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol akhir perlawanan. Tiga minggu selepas itu, Spurs tewas 2-0 ke atas Crystal Palace dan Kane tidak diturunkan ketika sudah pulih dari kecederaan.

Pada aksi Piala Carabao, Kane tidak diturunkan pada pusingan awal kejohanan tetapi pada perlawanan menentang Arsenal di peringkat suku akhir, Pochettino telah menamakan beliau dalam kesebelasan utama. Hasilnya beliau berjaya menjaringkan gol dan Spurs berjaya memenangi perlawanan tersebut.

Di peringkat separuh akhir, Spurs bertemu Chelsea pada perlawanan pertama dan mereka berjaya memenangi perlawanan sebelum tewas pada aksi timbal balik apabila Chelsea berjaya memenanginya melalui penentuan sepakan penalti, di mana Kane gagal diturunkan akibat kecederaan yang dialami oleh beliau.

Keseluruhannya

Liam Togher

Rekod yang dikeluarkan oleh Liam Togher jelas menunjukkan bahawa tiada banyak perbezaan pada perlawanan yang dibarisi oleh Kane mahupun dengan ketiadaan Kane.

Secara keseluruhannya, dengan adanya Kane, Spurs mempunyai 58% kemenangan dan tanpa kehadiran Kane, ianya hanya dibezakan dengan 1%. Manakala bagi perlawanan yang tewas, Spurs merekodkan peratusan yang sama di dalam kedua-dua kategori. Dalam 57 perlawanan yang dimainkan oleh anak buah Pachettino, Spurs tewas 19 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Bagi rekod jaringan pula, ia menunjukkan tidak banyak perbezaan tanpa beliau mahupun dengan kehadiran beliau, tetapi Kane tetap menjadi penjaring penting buat Spurs musim ini.

Mengikut statistik ini, ianya jelas bahawa Spurs mampu hidup tanpa Kane dan jika beliau tidak mampu pulih sepenuhnya menjelang pentas akhir Liga Juara-Juara, Ahad ini, Spurs tetap mempunyai senarai pemain yang mampu mengalas tugas yang ditinggalkan oleh Kane.

Tetapi, jika beliau berjaya mencapai tahap kecergasan sebelum perlawanan akhir nanti, pertahanan Liverpool perlu memikirkan cara untuk menghentikan kapten England ini.