Malaysia Berita

Fiqueroa bangga dengan persembahan pemain JDT

Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa menzahirkan rasa bangga ke atas para pemain setelah berjaya membenan Kedah 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Gol daripada Leandro Velazquez dan Safawi Rasid nyata memberi kemenangan selesa buat JDT sambil beliau mengakui Kedah adalah pasukan yang hebat.

“Kita tahu Kedah pasukan bagus dan mereka dibarisi pemain hebat namun taktikal kami bentuk untuk berdepan aksi sukar berjaya dan pemain melakukan tugas baik malah segala usaha membuahkan hasil apabila meraih tiga mata.

“Tidak dinafikan kami memiliki banyak peluang menjaringkan gol tetapi sering dikecewakan sama ada tersasar atau diselamatkan penjaga gol. Tapi mereka terus berusaha dan hasilnya kemenangan menjelma dan ia ibarat pulangan lumayan.

“Faktor kepenatan juga menjejaskan sedikit rentak permainan tatkala kami baru pulang dari Korea selepas mengharungi perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan hanya ada tempoh tiga hari untuk buat persiapan namun semangat kental pemain mengatasi segalanya,” katanya.