Luar Negara Berita

Myanmar dan Thailand mahu anjur Piala Dunia B-20 Tahun

Myanmar dan Thailand mendapat saingan dalam mendapatkan hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2021 apabila Arab Saudi, Bahrain dan Emiriyah Arab Bersatu turut berminat menganjurkan kejohanan tersebut secara tiga negara, kata badan induk bola sepak dunia, FIFA.

Manakala jiran kita, Indonesia dan dua negara Amerika Selatan, Peru dan Brazil berminat menganjurkan kejohanan secara individu.

Tarikh akhir untuk mengemukakan tawaran secara formal adalah pada 30 Ogos dengan tuan rumah dijangka dipilih menjelang akhir tahun ini.

Untuk tahun ini, Poland bakal menjadi tuan rumah.