Petaling Jaya City FC (PJFC) bakal berdepan cabaran besar apabila bakal turun menentang Terengganu FC (TFC) yang kini sedang mendapat momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Felda United, 2-1 minggu lalu.
Bagi pengendali PJFC, K Devan mahu anak didiknya sentiasa berwaspada dengan cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka ketika menentang TFC.
“Lawan kini telah mula menemui rentak, jadi saya mahu pemain disemua posisi sentiasa berwaspada dengan aksi lawan selain fokus sehingga tamat perlawanan.
“Aksi malam esok di Stadium Majlis Bandaraya Telaing Jaya pastinya sengit, kami perlu bersedia dari segi semua aspek dan sasaran pasukan untuk meraih mata perlu direalisasikan, bukan mudah tetapi kami perlu melakukannya untuk menutup aksi pusingan pertama Liga Super dengan keputusan positif,” jelasnya.
Selain daripada itu, penyerang import TFC, Kipre Tchetche telah berjaya menemui rentak setelah menjaringkan dua gol penting ketika aksi bertemu Felda minggu lalu.
“Situasi semasa dalam pasukan yang agak kurang menyakinkan dari segi persembahan juga perlu diberikan perhatian, dalam beberapa perlawanan sebelum ini kita gagal memberikan aksi yang terbaik, kecederaan pemain utama juga banyak menghalang perancangan pasukan.
“Kami perlu berkerja keras dan kerjasama semua pemain perlu digerakkan sehingga wisel penamat dibunyikan, apa yang pasti kami perlukan mata dilaman sendiri,” tegasnya.