Luar Negara Berita

Peminat Arsenal lancarkan petisyen, mahu Shkodran Mustafi dipenjara seumur hidup

Peminat Arsenal sudah cukup bersabar dengan Shkodran Mustafi.

Pemain pertahanan Jerman, yang bernilai £35 juta itu dibeli dari Valencia pada 2016 dan dikatakan menjadi punca kepada kekalahan 3-1 di halaman sendiri dengan Crystal Palace pada Ahad lalu.

Petisyen itu telah dimuat naik oleh Gen.N dan ia telah memperoleh lebih daripada 600 tandatangan setakat ini.

Dalam bahagian penerangan, Gen.N mengatakan,  “seorang lelaki bernama Shkodran Mustafi telah menipu sebuah kelab bola sepak untuk membayarnya lebih dari £ 90,000 bagi menyiarkan kandungan yang sangat mengganggu dalam perlawanan bola sepak.

“Dia bertanggungjawab secara tunggal untuk berjuta-juta dolar peralatan yang rosak seperti televisyen dan peranti mudah alih serta terdapat beberapa kes bunuh diri yang berkaitan dengannya. Ada WAJIB menyiasat mengenai perkara ini. Saya telah terjejas secara serius oleh kekalahan ini, dan saya tidak dapat mencari penyelesaian lain.”

Walau bagaimanapun, terdapat pandangan berbeza daripada Unai Emery, dimana beliau mengatakan Mustafi adalah antara pemain paling ‘konsisten’ musim ini.