Malaysia Berita

Shopee Piala FA : TMJ luah perasaan bangga biarpun tewas dengan PKNS FC

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan perasaan bangga dengan corak permainan JDT biarpun dikejutkan dengan PKNS FC, 0-1 pada saingan Piala FA.

Tunku Ismail memuat naik kenyataannya di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini kagum dengan kelabnya yang menurunkan hampir semua pemain tempatan.

“Pertama sekali, saya sangat kagum dengan corak permainan kami sewaktu beraksi dengan 10 pemain menentang PKNS. Kami meletakkan hampir semua pemain tempatan dan bukannya pemain luar negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PKNS kerana mengejutkan harimau yang sedang tidur. Malam ini (berdepan PKNS dalam Liga Super), kita akan melihat sesuatu yang berbeza,” katanya.

Kekalahan Rabu lalu juga menyaksikan JDT hanya sempat beraksi satu perlawanan dalam Piala FA musim ini selepas mendapat ‘bye’ pada pusingan kedua.