Bintang kelahiran Korea Selatan dan bintang tengah Tottenham Hotspur, Son Heung-min meledak dua gol bagi membantu pasukannya layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan tanpa berselindung berterima kepada Video Bantuan Pengadil (VAR).
Pada perlawanan tersebut, Son berjaya menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit untuk menidakkan peluang kebangkitan Manchester City di Stadium Etihad.
City sebelum ini membuka jaringan terdahulu menerusi Raheem Sterling seawal minit keempat dan Bernando Silva menyamakan kedudukan pada minit ke-11.
Sterling menambah koleksi gol sebelum Sergio Aguero meledak gol ke empat pada minit ke-59 memberikan kedudukan selesa buat City dengan agregat 4-3 sebelum Fernando Lorente memastikan kemenangan berpihak kepada Spurs.
Spurs terpaksa menunggu keputusan VAR apabila gol saat akhir Sterling dibatalkan apabila Aguero berada di dalam kedudukan ofsaid.
“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini, ia perlawanan yang sangat sukar, perlawanan yang gila. Tetapi kami amat bangga dengan rakan sepasukan,” kata Heung-min.
“Kadang-kadang anda terganggu dengan VAR tetapi hari ini ‘terima kasih dan keputusan yang baik’.”
Spurs layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak Piala UEFA 1984.