Callum Hudson-Odoi telah menunjukkan apa yang beliau boleh tawarkan kepada bahagian serangan Maurizio Sarri selepas memberikan aksi yang cemerlang pada pertembungan menentang Brighton.
Pemain muda England ini telah berjaya merekodkan satu bantuan gol pada hari bersejarah beliau turun sebagai kesebalasan utama Chelsea dan telah memberikan aksi yang baik sepanjang permainan.
Ini adalah perlawanan di mana Chelsea mendominasi bahagian kanan serangan dan pertahanan pasukan lawan menemui jalan buntu untuk menyekat penyerang muda Chelsea.
Callum Hudson-Odoi is the youngest player to provide an assist in the Premier League this season.
Look what happens when he starts. 🔥 pic.twitter.com/CWvO5RAdpk
— Squawka (@Squawka) April 3, 2019
Sebelum ini, terdapat beberapa desakan daripada penyokong yang meminta Hudson-Odoi diletakkan sebagai pemain utama berikutan kelemahan di bahagian serangan.
Bermain di hadapan penyokong sendiri semestinya tekanan buat beliau, tetapi tidak bagi Hudson-Odoi apabila mampu untuk mempersembahkan kematangan dalam permainan beliau dan tanpa disangka lagi beliau adalah pemain terbaik perlawanan.
Hudson-Odoi telah menjadi bisa yang membunuh pasukan Brighton, setiap pergerakan beliau adalah merbahaya dan setiap hantaran beliau mampu untuk menghasilkan gol. Rekod awal pemain berusia 18 tahun ini pada perlawanan pertama beliau telah menjadikan beliau sebagai pemain yang banyak mencipta peluang.
Kematangan permainan
Seperti yang ditunjukkan oleh heatmap, beliau, pada setiap masa, akan membuka bahagian kanan bagi menyokong Chelsea dalam pembinaan pemain. Jika Azpilicueta berada di sayap kanan, Hudson-Odoi akan bergerak masuk ke dalam dan meletakkan dirinya bebas bagi memberi pilihan kepada rakan sepasukan.
Pada babak kedua, Hudson-Odoi bertukar posisi. Biarpun Chelsea telah mendahului, 3-0, beliau akan berada ditengah, membuat hantaran penting dan sentiasa menjaga kawalan bola.
Harus dikatakan bahawa kawalan bola Hudson-Odoi sangat luar biasa. Anak muda ini menunjukkan kawalan bola yang baik pada tekanan tinggi. Secara statistik, Hudson-Odi melengkapkan empat hantaran utama, paling tinggi oleh seorang pemain. Beliau juga mempunyai satu cubaan tepat ke arah pintu gol.
Walaupun sering dijaga oleh lebih daripada seorang pemain pertahanan, Hudson-Odoi mencatat 65 hantaran dengan ketepatan 92.3%. Beliau juga bertindak selaku pemain yang paling banyak membuat hantaran ke dalam kotak Brighton. Beliau melengkapkan tujuh hantaran ke dalam kotak Brighton. Walaupun Brighton bermain dengan 5 pertahanan, tiga daripada 7 hantaran beliau hampir menghasilkan gol.
Dia meraih ganjaran pada minit ke-38 ketika mana hantaran beliau berjaya membantu Giroud untuk menghasilkan gol.
Matang dalam bertahan
Hudson-Odoi juga menunjukkan kematangan dalam bertahan, ia jatuh jauh ke dalam bagi membantu pertahanan Chelsea.
Cara beliau merampas bola daripada Yves Bissouma adalah antara hasil kerja yang baik daripada beliau. Ketika Bissouma masuk ke dalam pertahanan Chelsea, Hudson-Odi pantas membuat bentesan bagi menghalang kemaraan serangan Brighton.
Pada wisel terakhir perlawanan, nyata ini adalah malam buat anak muda ini. Berdiri di kakinya sendiri dan semestinya Sarri pasti akan memberi peluang lebih banyak kepada anak muda ini untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama Chelsea.