Kolum

Lima pengurus dengan pendapatan tertinggi

Dua pengurus bola sepak yang dipecat dari kelab masing-masing musim ini adalah antara lima pengurus yang mendapat pendapatan tertinggi.

France Football telah menyenaraikan lima pengurus paling tinggi pendapatan mereka bersama kelab masing-masing.

5. Ernesto Valverde (Barcelona, ​​€23 juta)

Di tempat kelima ialah pengurus Barcelona, Ernesto Valverde yang mendapat €23 juta daripada kelab Sepanyol.

Pengurus berusia 55 tahun itu menandatangani satu tahun kontrak dengan Barça pada Februari, di mana pasukannya dalam pertarungan memenangi tiga piala musim ini.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Juara La Liga tahun lalu sedang mendahului dengan perbezaan 10 mata di puncak liga dan telah maju ke final Copa del Rey setelah mengalahkan Real Madrid pada separuh akhir.

Barcelona juga sedang berjuang dalam kempen Liga Juara-Juara apabila diundi bertemu Manchester United pada aksi suku akhir.

4. Pep Guardiola (Manchester City, € 24 juta)

Bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Muncih, Pep Guardiola meraih €24 juta selama beliau mengurus Manchester City.

Sama seperti Valverde, Pep Guardiola juga dalam misi memenangi tiga piala musim ini serta dalam perlumbaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan Liverpool.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Man City sebelum ini telah berjaya memenangi Piala EFL pada Februari lalu setelah menewaskan Chelsea di Wembley, di mana City juga meneruskan kempen Piala FA hujung minggu ini bertemu Brighton & Hove Albion di saingan separuh akhir.

Dengan jadual yang padat serta perebutan takhta liga dengan Liverpool, anak buah Pep Guardiola akan melayan kunjungan Tottenham Hotspur dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara minggu hadapan.

3. Thierry Henry (N/A, € 25.5 juta)

Tugas pertama Thierry Henry sebagai pengurus berakhir dengan bencana apabila beliau dipecat, tetapi beliau berjaya meraih  € 25.5 juta dalam masa yang singkat di Monaco.

Legenda Arsenal dilantik sebagai ketua jurulatih Monaco pada Oktober lalu dengan perjanjian selama tiga tahun bagi menggantikan Leonardo Jardim yang gagal memberi persembahan yang konsisten.

(Photo by Alexandre Dimou/Icon Sport via Getty Images)

Beliau yang berusia 41 tahun tidak menghadapi tugas mudah di Stade Louis II apabila kelab terbabit dalam perjuangan untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Walaupun Henry berjaya melakukan beberapa tandatangan penting pada jendela perpindahan Januari lalu – membawa masuk bekas rakan sepasukan, Cesc Fàbregas dari Chelsea – ia tidak cukup untuk menyelamatkan beliau.

Henry dipecat pada Januari lalu selepas 20 perlawanan – menang empat kali, lima seri dan 11 kekalahan.

2. José Mourinho (N/A, €31 juta)

The Special One memperoleh €31 juta sewaktu beliau masih mengurus Manchester United dan dipecat pada Disember lalu selepas permulaan musim yang buruk.

Ole Gunnar Solskjær dilantik sebagai pengurus sementara sebelum diberi tugas sebagai pengurus United dengan kontrak tiga tahun.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Manakala bekas pengurus Real Madrid dan Chelsea telah menghabiskan waktunya sebagai pundit di beIN SPORTS dan On the Touchline with Jose Mourinho.

Mourinho juga memberitahu media bahawa beliau adalah pengurus paling dikehendaki selepas mendakwa terdapat beberapa tawaran pengurusan yang datang tetapi ditolak oleh beliau.

1. Diego Simeone (Atlético Madrid, €41 juta)

Diego Simeone menduduki senarai pertama France Football apabila meraih €41 juta selama menjadi pengurus Atletico Madrid.

Pengurus berusia 48 tahun ini menandatangani perjanjian baru dengan Los Rojiblancos pada bulan Februari lalu, memastikan beliau kekal di Wanda Metropolitano sehingga 2022.

(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

Untuk musim ini, Atlético telah terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas ditundukkan oleh Cristiano Ronaldo.

Biarpun menduduki tangga ke dua La Liga, Simeone sebelum ini berjaya membawa pulang kejuaraan La Liga, Copa del Rey, Supercopa de Espana dan dua Liga Europa.