Luar Negara Berita

Wartawan bertanya kepada Pope Francis, adakah Messi boleh dianggap tuhan bolasepak?

Lionel Messi telah berjaya menunjukkan kemampuan beliau selaku pemain terbaik dunia dan telah meraih pelbagai gelaran, antaranya beliau dianggap sebagai Tuhan bolasepak.

Baru-baru ini seorang wartawan  telah bertanya kepada Pope Francis adakah Lionel Messi seorang Tuhan dan Pope membalas dengan menafikan dakwaan tersebut.

Bercakap kepada Jordi Évole di laSexta’s Salvados, ketua Gereja Katolik yang berusia 82 tahun itu ditanya oleh wartawan sama ada ia percaya bahawa Messi adalah Tuhan.

Jordi Évole : “Anda tahu. Adakah berdosa memanggil Messi adalah Tuhan?”

Pope Francis : “Secara teorinya, ia adalah penghinaan, anda tidak boleh mengatakannya dan saya tidak percaya, adakah anda percaya?”

JÉ : “Ya.”

PF : “Saya tidak [ketawa] Orang ramai boleh mengatakan bahawa dia adalah Tuhan, sebagaimana mereka boleh mengatakan ‘Saya memuja kamu,’ tetapi hanya Tuhan yang boleh disembah. Ini hanyalah ungkapan dari orang ramai.”

JÉ : “Tetapi dia bermain dengan baik bukan?”

PF : “Sudah tentu, dia sangat baik, tetapi dia bukan Tuhan.”

Pope mempunyai rasa sayang yang tinggi buat bola sepak dan telah menjadi penyokong Argentina sejak masih kecil.

Pada 2013, kapten Argentina dan Barcelona telah bertemu dengan Pope Francis di Vatican ketika dalam tugasan antarabangsa.

Selain daripada itu, pada 2016, Pope pernah ditanya siapa pemain terbaik diantara Maradona dan Pele, tetapi beliau menjawab dengan mudah, “bagi saya, Messi.”