Malaysia Berita

FAM seru semua persatuan contohi LABPP

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengajak semua persatuan bola sepak mencontohi Liga Akademi Bolasepak Pulau Pinang (LABPP) dalam membantu sistem bola sepak negara mencungkil bakat baharu.

LABPP adalah liga yang membabitkan pemain berusia enam hingga 16 tahun dengan format liga dimainkan secara mingguan dan bulanan.

Terdapa beberapa produk LABPP yang telah berjaya memasuki sistem sekolah sukan negeri dan sekolah sukan di Gambang, Pahang.

Justeru, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam kenyataannya di Berita Harian menyanjung tinggi usaha LABPP dalam memastikan kesinambungan masa depan bola sepak negara.

“Kami berharap lebih banyak ibu bapa dan pencinta bola sepak membentuk liga sebegini dan membantu sistem sedia ada untuk meluaskan kelompok pemain dengan mendedahkan mereka menerusi saingan liga,” katanya.