Kolum

Senarai kesebelasan termahal dengan nilai keseluruhan €1.159 bilion

Mempunyai 11 pemain paling mahal di dunia di dalam kesebelasan utama adalah menjadi impian mana-mana ketua jurulatih, dengan keseluruhan jumlah membabitkan €1.159 bilion.

Pemain seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba tersenarai dalam barisan pemain termahal dan Lucas Hernandez adalah tambahan terbaru kepada pasukan ini selepas perpindahan €80 juta ke Bayern Munich.

Ketiadaan Lionel Messi di dalam skuad ini adalah kerana dia menyertai akademi La Masia di Barcelona secara percuma sewaktu beliau masih di peringkat akademi.

Perancis menjadi negara yang mendominasi kesebelasan ini dengan empat pemain mereka, manakala Brazil dan Belanda mempunyai dua orang pemain, disusuli Colombia, Sepanyol dan Portugis dengan seorang pemain.

Penjaga gol.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)

Chelsea mencipta rekod dalam perpindahan penjaga gol musim panas lalu apabila membeli Kepa Arrizabalaga dari Athletic Club dengan harga €80 juta. Angka yang besar ini telah menewaskan perpindahan Alisson, bekas penjaga gol As Roma yang berhijrah ke Liverpool dengan nilai €62.5 juta.

Pertahanan.

Virgil van Dijk adalah pemain pertahanan paling mahal di dunia yang menyertai Liverpool dari Southampton dengan jumpa €85 juta pada Januari 2018.

Di tempat kedua ialah Lucas Hernandez yang bakal menyertai Bayern Munich pada musim panas ini dengan catatan yuran perpindahan sebanyak €80 juta. Usianya yang masih muda, kemampuan beliau bermain di posisi lain serta potensi yang ditunjukkan oleh Lucas adalah antara penyebab kelab daripada Jerman ini sanggup membida dengan harga yang tinggi.

(Photo by Aurelien Meunier – PSG/PSG via Getty Images)

Pertahanan ketiga paling mahal adalah Aymeric Laporte. Pemain pertahanan Perancis telah menyertai Manchester City dengan bayaran €65 juta kepada Athletic Club pada Januari 2018.

Pemain tengah.

Philippe Coutinho yang gagal menyerlah di Barcelona selepas meninggalkan Liverpool mendahului senarai bagi pemain tengah dengan nilai perpindahan €120 juta dan tambahan €40 juta pada Januari 2018.

Paul Pogba menduduki tempat kedua dengan nilai perpindahan beliau dari Juventus ke Manchester United adalah €105 juta pada Ogos 2016.

(Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

Menduduki tempat ketiga adalah Frenkie de Jong dan James Rodriguez yang ditandatangani dengan nilai €75 juta. Pemain kelahiran Belanda, de Jong bakal berpindah ke Barcelona pada musim panas nanti. Manakala Rodriguez menyertai Real Madrid selepas persembahan yang baik pada Piala Dunia 2014.

Penyerang.

Tiga pemain penyerang yang membarisi kesebalasan termahal adalah Neymar, Cristiano Ronaldo dan Kylian Mbappe.

Neymar menyertai Paris Saint-Germain dari Barcelona dengan harga €222 juta dan menjadikan beliau pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak. Diikuti oleh Mbappe dengan jumlah €135 juta yang menyaksikan beliau meninggalkan Monaco untuk menyertai Neymar di PSG.

(Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)

Cristiano Ronaldo, pemain kelahiran Portugal melengkapkan kesebelasan termahal dengan nilai perpindahan €117 juta pada musim panas lepas. Walaupun sudah menjangkau umur 34 tahun, beliau tetap memberi impak kepada Juventus dengan membawa kelab Itali tersebut menewaskan Atletico Madrid pada kempen Liga Juara-Juara.

Orang Brazil menyertai Paris Saint-Germain untuk 222m euro, penandatanganan yang paling mahal dalam sejarah bola sepak. Pada musim panas yang sama, PSG juga membayar € 135m untuk membawa Mbappe ke ibu kota Perancis selepas dia meletup ke tempat kejadian dengan Monaco.

Pemain simpanan.

Pemain-pemain ini mungkin tidak memasuki kesebelasan termahal, tetapi mereka mempunyai tempat di bangku simpanan.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Ousmane Dembele akan menjadi nama pertama, setelah menyertai Barcelona dengan harga €105 juta dan diikuti oleh Gareth Bale (€101 juta), Gonzalo Higuain (€90 juta), Zinedine Zidane dan Angel Di Maria (€75 juta), Benjamin Mendy (€58 juta) dan terakhir adalah Alisson (€62.5 juta).