Luar Negara Berita

‘Ia adalah tugas yang selalu saya impikan’ – Ole Gunnar Solskjaer pengurus baharu Manchester United

“Dari hari pertama saya tiba saya merasa telah merasa seperti di rumah di kelab istimewa ini… ini adalah tugas yang saya selalu impikan.”

Manchester United telah mengesahkan pelantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus tetap mereka selama tiga tahun.

Bekas penyerang United itu dilantik sebagai pengurus sementara pada bulan Disember lalu selepas pemecatan Jose Mourinho.

Solskjaer telah memenangi 14 daripada 19 perlawanan dan turut membantu United mengetepikan Paris Saint-Germain untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara dan mengembalikan United ke dalam perlumbaan tempat empat teratas liga.

Di samping meningkatkan prestasi liga kelab itu, pengurus daripada Norway ini juga telah memberikan impak yang positif dalam bilik persalinan.

“Ia satu penghormatan untuk menjadi pemain Manchester United, dan kemudian memulakan kerjaya kejurulatihan saya di sini.

“Beberapa bulan kebelakangan ini merupakan pengalaman hebat dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih, pemain dan kakitangan untuk kerja yang telah kami lakukan setakat ini.

“Inilah tugas yang selalu saya impikan untuk melakukan dan saya teruja berpeluang untuk memimpin kelab pada jangka masa yang panjang dan berharap dapat menjayakan kejayaan yang berterusan untuk peminat kami.”