Luar Negara Berita

Chelsea tawar sesi kaunseling untuk Callum Hudson-Odoi

Chelsea telah menawarkan sesi kaunseling kepada pemain sayap mereka, Callum Hudson-Odoi selepas dia diserang dengan sorakan berbaur perkauman dua kali dalam masa 11 hari.

Kelab itu melaporkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu disorak dengan lagu monyet semasa kemenangan Liga Europa di Dynamo Kiev pada 14 Mac dan semasa kemenangan 5-1, England ke atas Montenegro pada hari Isnin lalu

Pengurus England, Gareth Southgate juga telah berhubung dengan pemain itu.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Selepas kemenangan Montenegro, yang merupakan debut pertama beliau bersama England, Hudson-Odoi menyifatkan ia adalah penderaan di mana sorakan itu turut mensasarkan Danny Rose dan Raheem Sterling dan “tidak dapat diterima”.

Beliau difahamkan akan ditawarkan sokongan jika dia memerlukan.

Uefa berkata “prosiding tatatertib” telah dimulakan terhadap Montenegro dengan satu pertuduhan untuk “tingkah laku perkauman”.

Hudson-Odoi berkata selepas kelayakan Euro 2020, “apabila anda mendengar perkara seperti itu dari peminat, ia tidak betul dan tidak boleh diterima. Diharapkan Uefa berurusan dengan betul.

(Photo by Ashley Western/MB Media/Getty Images)

“Apabila saya dan Rose pergi ke sana, mereka berkata ‘ooh aaa’ monyet – kita hanya perlu fokus dan mengekalkan mentaliti yang kuat.”

Pengurus England Gareth Southgate berkata: “Kami perlu memastikan pemain kami disokong, mereka tahu bilik persalinan ada dan kami sebagai sekumpulan kakitangan berada di sana untuk mereka.”