Luar Negara Berita

Batman dari Valencia?

Valencia telah membalas dengan kenyataan lucu dalam pertikaian undang-undang dengan DC Comics ke atas lambang kelawar yang digunakan pada lencana kelab.

Valencia mempunyai imej kelawar pada lambang kelab lebih daripada 100 tahun yang lalu dan kini merupakan salah satu lambang yang terkenal di dunia bola sepak.

Tetapi reka bentuk terbaru lambang terbabit bagi menyambut ulang tahun kelab telah menimbulkan rasa kurang senang DC Comics.

DC Comics cuba mengambil tindakan undang-undang berhubung penggunaan kelawar lima tahun yang lalu, dengan dakwaan ia melanggar hak cipta mereka.

Satu bantahan telah difailkan oleh pihak DC, menurut Valencia, tetapi tiada apa-apa tindakan undang-undang terhadap kelab tersebut.

Terbaru, Valencia mengatakan bahawa DC Comics telah mengemukakan satu aduan ke Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah berhubung reka bentuk logo sambutan ulang tahun ke 100 mereka.

Ia dipercayai bahawa pihak DC Comics percaya bahawa ia sama dengan logo Batman.

Tetapi kelab daripada Sepanyol itu bersumpah untuk melawan sehabis-habisnya bagi mempertahankan logo kelab terbabit.

Jurucakap kelab terbabit berkata, “kami tidak akan berhenti menggunakan kelawar biarpun DC Comics melarang, kerana tidak ada jenama komersial yang mempunyai hak  eksklusif ke atas kelawar.

“Kelab ini bermain dengan kelawar di dada, di Amerika Syarikat mereka mengejar bison.”