Aksi penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo meraikan gol ketika menjaringkan hatrik ketika menewaskan Atletico Madrid minggu lalu pada aksi Liga Juara-Juara tampaknya tidak diterima baik oleh UEFA.
Badan induk bola sepak itu telah membuka kertas siasatan kerana menyifatkan kelakuan Ronaldo sebagai ‘kelakuan tidak sepatutnya’ pada Rabu lalu ketika menang 3-0 yang membawa Juventus mara ke peringkat suku akhir.
Tetapi bagi pengendali Juventus, Massimiliano Allegri yakin bahawa penyerang utama beliau tidak akan dikenakan apa-apa tindakan oleh badan induk bola sepak erpoah.
“Saya rasa setiap orang ada cara meraikan jaringan di padang dan tempat duduk. Saya tidak nampak apa yang pelik, hanya sekadar meraikan jaringan. Tidak akan ada penggantungan,” kata Allegri.
Pada perlawanan tersebut, Ronaldo meraikan jaringan beliau dengan mengadap ke arah penyokong Atletico dan meniru gaya ‘cojones’ Diego Simeone .