Seorang pemain bola Liga Divisyen Satu Gabon, Herman Tsinga meninggal dunia setelah rebah ditengah padang pada satu perlawanan bola sepak.
Beliau yang mewakili kelab Akanda FC rebah pada minit ke-23 ketika perlawanan menentang Missile FC.
Pemain berusia 30 tahun itu menerima rawatan jantung oleh seorang doktor tentera, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Satu video amatur yang dipaparkan di Twitter menunjukkan reaksi yang terkejut orang ramai selepas Tsinga rebah di tengah padang.
Gabon National Oil-Foot mourning. Akanda FC player Herman Tsinga who died upon his transfer to Owendo CHU after collapsing on the pitch a few seconds after an aerial duel in the 23rd minute of the game against Missile FC in the stage of the INJS. RIP pic.twitter.com/IRyYCNEgoJ
— NANA AGYEMANG (@naagyeman6) March 3, 2019
Menurut The Union, kedua-dua ambulans di tempat kejadian mempunyai alatan yang diperlukan “untuk menyelamatkan nyawa pemain”.
Kematian Tsinga adalah yang ke tujuh dalam masa 12 tahun dalam sejarah kelab Gabon, lapor The Union.