Malaysia Berita

Piala Airmarine Jadi Medan Perbaiki Ranking Negara

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menjadikan medan kejohanan Piala Airmarine yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 Mac ini untuk memperbaiki ranking bola sepak negara.

Misi ini adalah bagi membolehkan pasukan negara berada di dalam kelompak 34 negara terbaik Asia bagi mengelak daripada beraksi dalam playoff kelayakan Piala Dunia 2022.

Anak buah Tan Cheng Hoe dijadualkan bakal bertemu Singapura pada perlawanan pertama dan FAM melihat ia adalah sebagai salah satu peluang untuk pasukan negara memintas jiran kita yang menghuni ranking ke-34 Asia.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kepada Berita Harian bahawa beliau berharap agar Cheng Hoe menggunakan peluang ini bagi memperbaiki kedudukan negara.

“Sebenarnya saya nak kita jumpa Oman sebab daripada kesemua pasukan, mereka berada di ranking paling tinggi. Kalau tanya saya, pastinya saya mahu kita menang dan secara automatik kita dapat baiki ranking,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Harimau Malaya bakal mengadakan perlawanan persahabatan bertemu Nepal pada 26 Mac ini