Luar Negara Berita

Solskjaer Akui Buat Pemain Cedera

Ole Gunnar Solskjaer terpaksa akur apabila bakal kehilangan sebahagian daripada skuad utama beliau menjelang perlawanan dengan Crystal Palace, awal pagi nanti.

Solskjaer sebelum ini terpaksa membuat tiga pertukaran – Ander Herrera, Juan Mata dan Jesse Lingard – pada perlawanan menentang Liverpool yang menyaksikan keputusan seri 0-0 di Old Trafford.

Mancheser United berkemungkinan bakal kehilangan 10 pemain secara keseluruhan dalam perjalanan ke Crystal Palace dan dipercayai bakal di barisi oleh pemain muda.

Beliau turut mengakui bahawa masalah kecederaan datang apabila beliau terlalu memaksa pemain untuk meningkatkan ketahanan fizikal mereka.

Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images

“Ia mungkin ada kaitan,” kata Solskjaer. “Tetapi apabila anda membuat perubahan? Adakah anda menunggu sehingga pra-musim dan anda berfikir akan membuat perubahan dengan tidak meminta mereka untuk menjalankan latihan tersebut?

“Atau adakah kita mulakan sekarang dan menunjukkan kepada mereka permintaan untuk lebih bersemangat dan bagaimana kita mahu bermain?”

Pengurus kelahiran Norway ini telah membuat perubahan drastik di dalam sistem permainan United apabila lebih memberi peluang kepada pemain beliau untuk menyerang.

“Anda telah melihat apa yang telah saya pilih,” katanya. “Kita perlu bermain sebagai pasukan Manchester United. Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada Manchester United, ia adalah satu kelangsungan hidup yang paling kuat.”