Menjelang perlawanan separuh akhir Piala Asia 2019 diantara dua gergasi Asia yang tidak pernah tewas sepanjang kempen ini berlangsung, Iran v Jepun di Stadium Hazza Bin Zayed, hari ini.
Kedua-dua pasukan bakal turun dengan sepenuh kekuatan. Jepun dengan misi untuk memenangi Piala Asia kelima mereka, manakala Iran bakal turun dengan harapan untuk menjulang piala keramat setelah kali terakhir berbuat demikian pada tahun 1976.
Iran yang menang ke atas China pada peringkat suku akhir yang lalu bakal turun dengan ketiadaan penyerang tunggal mereka, Mehdi Taremi. Beliau bakal terlepas perlawanan dengan Jepun selepas mengutip kad kuning kedua sewaktu menentang China dua hari yang lalu.
Ketiadaan beliau bukanlah menjadi satu masalah buat skuad Iran. Beliau yang telah menjaringkan tiga gol sepenjang kempen ini berlangsung bakal digantikan dengan Vahid Amiri.
Manakala skuad Jepun pula akan kembali menggunakan khidmat Yoshinuri Muto selepas menjalani pergantungan.
Skuad Carlos Queiroz dilihat bakal mempertahankan rekod tanpa bolos mereka dalam lima perlawanan Piala Asia 2019. Dengan Alireza Beiranvand telah membuktikan bahawa beliau antara penjaga gol terbaik sepanjang kempen ini berlansung, Iran dilihat seperti tiada masalah untuk mempertahankan gawang mereka.
Beliau yang telah membuat penambilan untuk pasukan Iran sebanyak 20 kali termasuk Piala Asia 2019 dan Piala Dunia. Sepanjang memegang jawatan sebagai penjaga gawang utama, beliau hanya bolos empat kali.
Manakala pemenang empat kali Piala Asia, Jepun telah mencipta rekod baru apabila satu-satunya pasukan yang memenangi lima perlawanan hanya dengan menjaringkan satu gol.
Untuk rekod, kedua-dua pasukan layak ke Piala Dunia 2018 dengan Jepun wakil Asia paling konsisten dengan melayakkan diri ke Piala Dunia sejak 1998.
Iran bakal menunggu 90 minit akhir untuk melayakkan diri ke pentas akhir selepas kali terakhir berbuat demikian adalah pada 1976, manakala Jepun telah memenangi kejuaraan Asia sejak daripada 1992, 2000, 2004 dan terakhir adalah 2011.
Jepun pula hanya pernah tewas sekali pada peringkat empat terbaik pada 2007 ke atas Arab Saudi, 3-2 dan itu adalah kekalahan terakhir di luar penentuan sepakan penalti untuk Jepun.
Manakala Iran pula yang konsisten layak ke separuh akhir sejak 2004 kekal dengan rekod tanpa kalah sepanjang 90 minit perlawanan. Mereka hanya pernah tewas dengan penentuan sepakan penalti ataupun pada masa tambahan.