Barcelona berjaya mendapatkan khdimat bintang muda Ajax, Frenkie de Jong, umum kelab itu pada pagi Khamis.
Pemain berusia 21 tahun itu bakal menyertai gergasi Sepanyol pada 1 July dengan harga 75 juta euro beserta 11 juta euro lagi bayaran tambahan kepada Ajax.
De Jong dikatakan pemain tengah yang meningkat naik dan bakal menjadi pemain bintang pada masa hadapan mengikat kontrak selama 5 tahun bersama Barcelona.
“Barcelona dan Ajax telah mencapai persetujuan untuk perpindahan pemain tengah Frenkie de Jong, yang akan menyertai kelab Catalan dari 1 Julai 2019,” kata kenyataan Barcelona.
A new artist is coming next summer#EnjoyDeJong#WeColorFootball
🔵🔴 pic.twitter.com/GgZaAkywfr— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 23, 2019
“Kos pemindahan itu ialah 75 juta euro, ditambah dengan pembolehubah 11 juta lagi. Pemain akan menandatangani kontrak untuk lima musim yang akan datang, hingga 2023/24. ”
Pemain muda berusia 21 tahun ini telah memikat banyak kelab gergasi eropah. Antara yang dikatakan berminat untuk mendapatkan beliau adalah Paris Saint-Germain dan Manchester City.
Jurulatih Barcelona, dalam satu sidang media pada Sabtu lalu menyatakan, “Dia pemain hebat, yang pasti mempunyai masa depan yang hebat.”
De Jong bukanlah pemain Belanda pertama yang menyarung jersi Barcelona, sebelum beliau lagenda bolasepak dunia, Johan Cruyff pernah mewakili Barcelona. Selain daripada itu, Ronald Koeman, Patrick Kluivert dan Frand de Boer juga pernah menyarung jersi Barcelona.