Mohamed Salah mencipta sejarah yang sukar dilupakan untuk bola sepak Mesir apabila berjaya mempertahankan Anugerah Pemain Terbaik Afrika di Senegal.
Pemain Liverpool berusia 26 tahun itu menduduki tempat pertama dengan rakan sepasukan beliau daripada Senegal, Sadio Mane dan penyerang Arsenal dan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang masing-masing menduduki tangga ke-2 dan ke-3.
“Saya selalu mempunyai impian untuk memenangi anugerah ini sejak saya masih kanak-kanak dan sekarang saya melakukannya dua kali berturut-turut,” kata Salah selepas menerima trofi di Dakar.
“Terima kasih kepada keluarga saya, rakan sepasukan, peminat dan saya mempersembahkan trofi ini kepada tanah air saya, Mesir.”
Ini adalah kali kedua beliau memenangi anugerah tersebut selepas berbuat kali pertama tahun lalu. Salah juga adalah pemain Mesir yang kedua berjaya memenangi Anugerah Pemain Terbaik Afrika selepas Mahmoud al Khatib memenanginya pada 1983.
Salah telah menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan untuk Liverpool musim lalu dan telah menjaringkan 13 gol pada saingan Liga Perdana musim ini.
Aubameyang ditempat kedua dengan beza satu gol liga daripada Salah manakala mendahului carta adalah penyerang Tottenham Hotspur dan bintang England Harry Kane dengan 14 gol.
Salah dilahirkan di sebuah bandar di utara Mesir, Nagrig, dimana beliau perlu menempuh perjalanan selama lapan jam untuk berlatih dengan El Mokawloon yang berpusat di Kaherah.
Mempunyai bakat yang besar, Salah di lamar oleh kelas Swiss, Basel pada 2012. Dua tahun kemudian Salah menyertai gergasi England, Chelsea dimana beliau sukar untuk mendapat tempat dan gagal menyakinkan Mourinho.
Setelah gagal mendapat tempat, Salah dipinjamkan ke Itali dengan Fiorentina dan Roma menjadi destinasi beliau selama dua musim berturut-turut. Pada musim ketiga, Salah menjadi pemain Roma setelah dijual oleh Chelsea.
Kemuncak karier beliau adalah apabila Liverpool membeli beliau daripada Roma dan setelah itu, Salah adalah antara pemain terbaik yang pernah menyarung jersi Liverpool.
Biarpun gagal memenangi Liga Juara-Juara musim lalu selepas tewas bersama Real Madrid, impak yang diberikan oleh Salah telah menjadikan Liverpool sebagai sebuah pasukan yang digeruni lawan dan kawan.