Luar Negara Berita

Salah Tak Salah

Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) tidak akan menghukum bintang Liverpool, Mohamed Salah setelah beliau membantu pasukannya untuk mengatasi Newcastle United, 4-0 biarpun terdapat insiden yang menyaksikannya memperoleh penalti.

FA mengesahkan bahawa insiden itu tidak menyalahi undang-undang dan bukannya sebagai suatu cubaan untuk menipu pegawai perlawanan. Keputusan ini juga menyaksikan Mo Salah tidak akan terlepas dua perlawanan penting bertemu Arsenal dan Manchester City.

Rafael Benitez, bekas bos Liverpool dan sekarang menjadi pengurus Newcastle United menyatakan bahawa Mo Salah didapati jatuh dengan mudah selepas bahunya disentuh pemain pertahanan Newcastle, Paul Dummet bagi mendapatkan penalti. 

Memetik kata-kata Benitez di AGENSI, beliua menganggap bahawa penalti itu adalah satu kesilapan dan membunuh semangat juang pemain beliau.

“Penalti yang ‘lembut’ dalam perlawanan menjadi perbezaan, kami ketika itu ketinggalan 0-1 selepas babak pertama, tetapi apabila kami melepaskan gol kedua, ia menjadi lebih sukar untuk kami menentang pasukan yang baik.

“Gol kedua itu adalah penting, ia memberikan mereka lebih keyakinan dan memberikan kami lebih kesukaran, kamu perlu mengambil lebih banyak risiko, menjadi lebih terbuka dan kemudian melakukan kesilapan dan perlu membayarnya.”