Eropah Berita

Valencia Sedia Keluar Dari United

Hubungan dingin Antonio Valencia dan Mourinho bermula sejak pemain Ecuador itu menyokong muat naik Instagram seorang penyokong Manchester United supaya pengendali daripada Portugal itu dipecat daripada Manchester United selepas pertemuan Liga Juara-Juara dengan Valencia yang menyaksikan United seri tanpa jaringan.

Beliau yang segera meminta maaf secara terbuka kepada Mourinho selepas itu terus dibekukan oleh pengurus United tersebut dan kembali beraksi pada aksi Liga Juara-Juara berdepan Young Boys dan Valencia.

Dikhabarkan Valencia bersedia untuk keluar daripada United pada jendela perpindahan Januari ini selepas akur sukar untuk mendapat kembali kepercayaan pengurus daripada Portugal tersebut.

West Ham dan beberapa kelab daripada Sepanyol menunjukkan minat untuk menandatangani pemain berusia 33 tahun itu.

Sebelum itu, Mourinho pernah mengkritik bentuk badan Valencia yang berat berlebihan sewaktu kempen pra-musim di Amerika Syarikat.

Pada perlawanan saingan Piala Liga, beliau digugurkan daripada tugas kapten selepas tidak beraksi ketika tewas dengan Derby walaupun sebenarnya beliau tidak disenaraikan.