Liga Super Malaysia

True Visions Bayar RM536 Juta Untuk Hak Penyiaran Liga Bola Sepak Thailand

Syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Thai Premier League, TPL Ltd., mengumumkan telah bersetuju dengan kontrak hak penyiaran yang baru bersama True Vision, sebuah anak syarikat kepada gergasi telekomunikasi Thailand, True.

Perjanjian yang baru ini merupakan ‘deal’ ketiga selepas 2 kali bekerjasama untuk musim 2011-2013 dan 2014-2016.
TPL Ltd. telah berjaya menaikkan revenue syarikat dari penjualan hak penyiaran Thai Premier League ini pada setiap penggal berakhirnya perjanjian.

Untuk penggal terbaru, 2017-2020, True akan membayar 4.2 billion Baht atau RM537 juta selama 4 musim kepada TPL Ltd. Sebagai perbandingan, untuk penggal sebelum ini iaitu 2013-2016, True telah membayar sebanyak 1.8 billion Baht, sekitar RM230 juta sahaja, dan peningkatan lebih 2 kali ganda!

Berapa Divisyen Hak Penyiaran Dimiliki Oleh True?
Menurut TPL Ltd., bukan semua liga bola sepak di Thailand akan diberikan kepada True. Mereka hanya memiliki hak untuk menyiarkan perlawanan terhad kepada Thai League 1 ( 306 perlawanan), Thai League 2 (306 perlawanan), Thai FA Cup (85 perlawanan) dan League Cup (114 perlawanan) sahaja.

Hak penyiaran Regional League dan pasukan kebangsaan Thailand tidak diberikan kepada True, sebaliknya telah diberikan kepada SMM-TV untuk Regional League dan Thairath TV untuk pasukan kebangsaan.

 

Berapa Jumlah Diberikan Kepada Kelab?
Seperti mana perjanjian sebelum ini, TPL Ltd. memutuskan untuk mengekalkan ‘central marketing’ untuk menguruskan hal-hal berkaitan pemasaran bagi perjanjian baru 2017-2020.

Oleh yang demikian, pasukan-pasukan dalam Thai League 1 dan Thai League 2 akan menerima jumlah wang yang sama dari TPL Ltd. mengikut divisyen.

Berdasarkan jumlah dalam perjanjian yang terbaru ini, setiap kelab Thai League 1 akan menerima sekitar 50 juta Baht, sekitar RM6.4 juta, peningkatan dari 20 juta Baht / RM2.6 juta. Manakala bagi Thai League 2 akan menerima sekitar 7 juta Baht, sekitar RM894,000 peningkatan dari 3 juta Baht / RM383,000.

 

Apa Pelan True Untuk Maksimakan ‘Audience Reach’ ?


Dengan jumlah wang yang besar dilaburkan dalam bola sepak domestik, True semestinya mempunyai perancangan bagaimana untuk menjana kembali hasil pelaburan mereka.

True telah menawarkan pakej ‘League Pass’ melalui aplikasi ‘Anywhere True’ dengan caj sekitar 1000 Baht / RM 127. Dengan League Pass ini, semua perlawanan Thai League 1 boleh ditonton dimana-mana melalui smartphone atau PC.

Selain dari itu, True juga menawarkan pakej lain yang lebih spesifik kepada pasukan kegemaran. Pakej ini dinamakan sebagai ‘Follow Your Team’. Dengan pakej ini, peminat mempunyai pilihan untuk memilihkan siaran perlawanan untuk pasukan mereka sahaja atau pun semua perlawanan Thai League 1.

2 pakej diatas hanya terhad kepada Thai League 1 buat masa sekarang. Bagi Thai League 2, True hanya menawarkan pilihan ‘Weekend Match’ atau ‘Match Day’ sahaja.

 

Apa Pula Match Highlights Option


Selain dari siaran langsung danh tertunda melalui ‘League Pass’, True juga sedar mungkin tidak semua mahu menyaksikan perlawanan penuh. Ada juga yang hanya mahu melihat highlights perlawanan.

Oleh itu, True menawarkan pilihan ‘Highlights Show’ bagi semua perlawanan yang boleh di akses selama 3 hari selepas perlawanan sebenar. Untuk pilihan ini, pengguna perlu sekurang-kurangnya melanggan ‘Sports Package’ sekitar 150 Baht, sebulan atau mana-mana pakej yang mempunyai siaran True Sports 2.

Selama 3 hari tersebut, pengguna boleh menonton highlight semua perlawanan 24 jam sehari tanpa henti.

 

Hak Penyiaran Kepada Syarikat Luar Tidak Dibenarkan


Fox Sport dillaporkan berminat untuk membida hak penyiaran Thai League tahun lalu, namun TPL Ltd. dengan panatas memberitahu bahawa mereka tidak berminat untuk memberikan hak penyiaran ini kepada syarikat luar.

 

Penajaan Thai League Oleh Toyota


Gergasi permotoran Jepun, Toyota, telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh kontrak ‘naming rights’ selama 3 tahun lagi sehingga musim 2018. ‘Naming Rights’ ini hanya untuk 3 kejohanan utama iaitu Thai League, Thai Premier Cup dan League Cup bernilai 300 juta Baht / RM 38 juta.