Eropah Berita

Chelsea Tunggu Hazard

Chelsea sudah bersedia untuk menawarkan kontrak kepada pemain bintang mereka, Eden Hazard tetapi masih menunggu penyerang itu membuat keputusan.

Sebelum ini Hazard dikhabarkan mahu memenuhi impian beliau dan berhijrah ke Real Madrid tetapi masih mempunyai baki kontrak sehingga Jun 2020.

“Sudah tentu saya mahu Hazard kekal di sini. Tapi saya mahu dia kekal sekiranya dia bersetuju untuk berbuat demikian.

“Kelab kini memang sudah bersedia untuk menandatangani kontrak baru tetapi segala-galanya terpulang kepadanya sama ada mahu menyambung kontrak atau tidak,” katanya.

Hazard dalam satu kenyataannya di awal musim menyatakan bahawa tidak akan meninggalkan kelab itu dan Sarri menegaskan proses rundingan sedang berlangsung bagi kedua-dua pihak.

“Apa yang saya tahu terdapat perbincangan antara kelab dan pengurus Hazard pada setiap minggu.

“Jadi jika ada perkembangan baru, kelab akan segera menghubunginya,” katanya.- Agensi