Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 – Syamer Kutty Tak Gentar Bertemu Thailand

Malaysia akan turun berdepan Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini manakala perlawanan separuh akhir kedua pula akan berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 5 December nanti.

Bagi pemain tengah negara, Syamer Kutty Abba istilah ‘badi kekalahan’ tidak pernah wujud dalam kepala beliau kerana beliau tetap optimis dengan peluang yang dimiliki oleh Harimau Malaya untuk menempah tempat di pentas final Piala AFF.

Pertemuan dengan pasukan jiran daripada utara ini pasti akan menjadi tumpuan apabila ia akan mengulangi final Piala AFF edisi 2014 dimana pasukan dengan menang pada perlawanan itu tetapi ditewaskan oleh keputusan agregat.

“Perkara itu (badi kekalahan kepada Thailand) tiada dalam kepala saya kerana kami sentiasa bekerja keras ketika latihan.

“Jadi jika dapat kekalkan dengan apa yang kami buat dan ambil peluang sebaik mungkin, tiada masalah untuk berdepan Thailand,” katanya kepada Berita Harian.

Thailand adalah antara pencabar terbesar Malaysia selain daripada Vietnam, Singapura dan Indonesia pada kejohanan Piala AFF ini.

Pasukan Gajah Putih ini juga adalah antara pemenang terbanyak Piala AFF dimana Thailand sudah memenangi lima Piala AFF sejak daripada 1996 lagi.

“Thailand pasukan yang kuat daripada segi teknikal dan taktikal, tapi kita pun ada kekuatan sendiri. Apa yang penting kita perlu gunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

“Kita juga mengharapkan penyokong sekali lagi dapat memenuhi stadium seperti ketika berdepan Myanmar bagi menaikkan lagi moral pemain,” katanya kepada Berita Harian.