![](https://football-tribe.com/malaysia/wp-content/uploads/sites/13/2018/11/gettyimages-1065472430-594x594.jpg)
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mahu pasukannya menguasai permain dari awal minit pertama pada perlawanan Liga Juara-Juara bertemu Young Boys awal pagi Selasa nanti di Old Trafford.
Sekiranya United menang dan Valencia gagal menewaskan Juventus, mereka layak ke pusingan akhir 16 pasukan terbaik
Mourinho menyelar United selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan Crystal Palace hujung minggu lalu, menuduh pemainnya kekurangan “bersemangat” selepas gagal menjaringkan gol.
Beliau turut memberi amaran kepada pemainnya agar tidak menempah jalan sukar dengan perlu mengalahkan Valencia jika gagal mencatat kemenangan ke atas Young Boys.
Tetapi, bercakap pada sidang akhbar sebelum perlawanannya pada hari Isnin, Mourinho menegaskan: “Ini mengecewakan kerana apa yang saya mahukan adalah pasukan untuk bermula dengan pantas.
“Itu adalah apa yang saya mahukan dan mungkin anda atau peminat, berfikir ‘oh, Jose memberitahu mereka untuk mula perlahan’, ‘Jose memberitahu mereka untuk bermain bagus dan mudah dan menunggu untuk melihat apa yang berlaku’ atau ‘bertindak’.”
“Ini adalah perkara yang bertentangan. Saya mahu pasukan bermula dengan pantas, saya mahu pasukan ini menyerang dengan serta-merta dan agak mengecewakan apabila perkara sebaliknya yang berlaku
“Ia mungkin bukan permainan penting, tetapi saya mahu pemain saya bermain seperti itu adalah peluang terakhir mereka untuk layak. Saya mahu bermain seperti permainan kalah mati. ” – AFP