Zainal Abidin Hassan, 56 tahun dikhabarkan bakal menguruskan pasukan di selatan tanah air setelah pengendali sebelum ini E Elavarasan meninggalkan Melaka United (MU).
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United telah menyatakan hasrat untuk melamar Zainal Abidin Hassan untuk mengisi kekosongan sebagai jurulatih Melaka United yang baru.
“Presiden (Adly Zahari) sudah memberikan lampu hijau kepada pasukan untuk mengambil Zainal selaku jurulatih dan hari ini, saya bersama wakil Presiden sudah menyerahkan surat tawaran kepada Zainal.
“Saya menjangkakan dalam masa terdekat, Zainal akan ke Melaka untuk menandatangani kontrak. Kita mahukan perkara ini diselesaikan segera supaya memudahkan lagi persiapan pasukan untuk musim depan,” katanya kepada Berita Harian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran F:30 di ibu negara, hari ini.
Melaka sebelum ini dilatih oleh Eduardo Almeida sebelum digantikan dengan Elavarasan disebabkan prestasi buruk skuad Hang Tuah dan beliau berjaya memastikan Melaka United berjaya untuk kekal di dalam saingan Liga Super untuk musim depan.
Zainal yang pernah memenangi pelbagai kejuaran serta mempunyai pengalaman mengurusa pasukan besar dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membawa Melaka United bersaing pada kempen Liga Super musim hadapan.
“Sebelum ini, dia mengendalikan pasukan Liga Perdana. Jadi kami melihat ini sebagai peluang untuk Zainal kembali ke saingan Liga Super dan membuktikan kemampuannya di pentas yang lebih tinggi sama seperti sebelum ini.
“Kami mengharapkan peluang ini mampu menjadi motivasi kepada Zainal sekali gus menjadikan Melaka sebagai pencabar pada musim depan,” katanya kepada Berita Harian.